Showing posts with label berita penggodam. Show all posts
Showing posts with label berita penggodam. Show all posts

Saturday, 19 November 2011

Kerajaan Mahu Dekati Penggodam Siber - Awas Kamu Ya!!


Ehek.. gelabah sudahh..

Kerajaan mahu mendekati penggodam siber bagi lebih memahami dan memanfaatkan kemahiran dan bakat mereka, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Ini termasuk menghadiri persidangan tahunan pihak tersebut, katanya.

Beliau berkata, terdapat juga perkara positif di kalangan penggodam.

“Untuk tujuan ini, CyberSecurity, Majlis Keselamatan Negara, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mesti bersama mereka agar kita dapat mengetahui rangkaian penggodam yang lebih luas.

“Akhirnya kita boleh memahami siapa penggodam yang baik dan jahat. Kita juga boleh mempelajari bagaimana untuk mempertahankan diri kita (dari serangan penggodam),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai jenayah siber di Putrajaya hari ini.

Bernama

Saturday, 5 November 2011

Malaysia Perlu Pakar IT Hadapi Serangan Penggodam

Sekadar Hiasan

JELEBU: Malaysia perlu menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat untuk menangkis serangan penggodam terhadap sistem pengkomputeran negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim,
berkata apa yang berlaku lebih dua bulan lalu iaitu 119 laman web terutama milik kerajaan digodam tidak harus dipandang remeh dan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan kejadian sama berulang.
"Kita perlu mempunyai lebih ramai pihak yang mahir dan pakar dalam bidang tersebut, sistem pengkomputeran negara akan terdedah dan mudah digodam sehingga boleh memusnahkan negara.

Katanya, dalam hal ini masyarakat Malaysia tanpa mengira ideologi politik
perlu bersatu dan bermuafakat bagi menghadapi serangan pihak luar menerusi
alam siber ini.

"Kita tidak boleh mengambil ringan, soal sistem alam siber ini. Kita mesti bersatu dan kita akan dapat lihat hasilnya nanti apabila ada orang yang cuba menggodam sistem kita," katanya. - BERNAMA

Credit: Berita Harian