Sekadar Hiasan
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim,
berkata apa yang berlaku lebih dua bulan lalu iaitu 119 laman web terutama milik kerajaan digodam tidak harus dipandang remeh dan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan kejadian sama berulang.
"Kita perlu mempunyai lebih ramai pihak yang mahir dan pakar dalam bidang tersebut, sistem pengkomputeran negara akan terdedah dan mudah digodam sehingga boleh memusnahkan negara.
Katanya, dalam hal ini masyarakat Malaysia tanpa mengira ideologi politik
perlu bersatu dan bermuafakat bagi menghadapi serangan pihak luar menerusi
alam siber ini.
"Kita tidak boleh mengambil ringan, soal sistem alam siber ini. Kita mesti bersatu dan kita akan dapat lihat hasilnya nanti apabila ada orang yang cuba menggodam sistem kita," katanya. - BERNAMA
Credit: Berita Harian
No comments:
Post a Comment