Saturday, 5 November 2011

Penggodam Sasar Sindiket Dadah Mexico



Jika sebelum ini penggodam sering menyasarkan kerajaan, syarikat gergasi dan bank dalam serangan siber mereka, kali ini lain pula ceritanya.

Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous merancang melancarkan serangan siber terhadap sindiket dadah kedua terbesar dan paling ganas di Mexico, Los Zetas.

Ribuan e-mel me­ngandungi nama anggota Los Zetas, dicuri daripada laman sesawang kerajaan Mexico dalam satu operasi dilakukan Anonymous dan kini kumpulan penggodam itu merancang mendedahkan senarai itu kepada orang ramai.

Anonymous mengumumkan mengenai misi OpCartel itu, awal bulan lalu melalui video di laman YouTube, di mana seorang wakilnya yang memakai topeng berjanji akan mendedahkan nama, gambar dan alamat anggota sindiket itu serta polis, ahli politik dan wartawan yang menyokong mereka.

Credit: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment