SHAH ALAM – Umat Islam termasuk golongan gay dan penyokong mereka perlu insaf bahawa bencana yang semakin kerap berlaku pada masa ini seperti tsunami, gempa bumi dan banjir besar, mungkin diturunkan sebagai balasan atas gejala maksiat yang semakin berleluasa.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, setiap bencana adalah peringatan bagi manusia dan kerana itu, mereka tidak boleh menganggap itu sebagai bencana alam semata-mata.
“Ini peringatan untuk mereka yang terlibat, dan kita semua juga supaya jangan hanya melihat dan membiarkannya begitu sahaja, atas sebab hak asasi manusia kononnya. Jika ALLAH turunkan bala, bukan mereka saja yang kena tetapi kita semua (pun kena) juga,” katanya.
Sehubungan itu, kata Harussani, bantahan dan pembatalan program Seksualiti Merdeka 2011 yang membawa mesej tuntutan kebebasan seksualiti sebagai hak asasi individu termasuk yang melibatkan golongan homoseks, lesbian dan transeksual, belum boleh dianggap satu kejayaan.
“Batal satu perkara, tetapi kita kena tengok juga kepada usaha untuk menyebarkan hubungan songsang itu yang saya percaya akan terus merebak. Ini yang perlu kita hentikan termasuk golongan mak nyah iaitu lelaki berpakaian seperti wanita yang perlu dicegah. Ini kerana mereka juga termasuk dalam golongan dilaknat ALLAH,” katanya.
Sehubungan itu, kata Harussani, kerajaan perlu bertindak tegas untuk memastikan kecenderungan seks songsang yang boleh meruntuhkan masyarakat dan negara tidak terus merebak sehingga keadaan menjadi tidak lagi terkawal.
“Mereka (kerajaan) boleh gunakan apa saja pendekatan sama ada dengan langkah tegas mengikut undang-undang ataupun menerusi program pendidikan dan nasihat supaya mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Bagi orang Islam, kata Harussani, mereka perlu diingatkan dengan kisah umat Nabi Luth yang dibalas oleh ALLAH dengan tindakan menterbalikkan negeri mereka, Sadum atau Sodom dan Gomora akibat perlakuan seks sejenis mereka yang berleluasa.
“ALLAH terbalikkan bumi mereka menjadi apa yang kita kenali sebagai Laut Mati di Jordan sekarang.
“Mereka tidak endah dengan peringatan Nabi Luth supaya tinggalkan perbuatan keji itu. Lelaki berkahwin dengan lelaki manakala wanita dengan wanita tanpa segan silu sebagaimana sifat yang sepatutnya ada pada manusia,” katanya.
Menurut Harussani, bukti balasan kemurkaan ALLAH kepada umat Nabi Luth itu amat jelas.
“Sebab itulah, kita sepatutnya berfikir dan takut akan balasan ALLAH. Jangan ikut bisikan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa mahu menggoda kita ke arah kesesatan. Balasan ALLAH itu pasti, jika tidak di dunia, di akhirat akan menanti melainkan jika kita bertaubat,” katanya.
Harussani berkata, meskipun ALLAH tidak menurunkan balasan secara langsung kepada mereka yang mengengkari larangan-Nya sebagaimana ke atas umat Nabi Luth, namun itu bukan tandanya mereka bebas untuk melakukan kemungkaran.
“Nabi kita, Nabi Muhammad SAW atas kasih sayangnya kepada kita semua telah memohon kepada ALLAH untuk menangguhkan hukuman berbanding hukuman terus kepada umat yang terdahulu. Ini kerana baginda mahu kita diberi peluang untuk bertaubat, jadi janganlah kita melampaui batas,” katanya.
Mengenai hak asasi manusia, mufti berkata, mutakhir ini, hak asasi sering ditafsir secara salah untuk menghalalkan kemungkaran yang ditafsir sebagai hak mengikut acuan Barat.
“Hak adalah perkara yang betul, yang dibenarkan mengikut hukum agama dan moral. Kita boleh memperjuangkan hak itu jika ia cuba dinafikan oleh pihak lain, bukan untuk melakukan perkara yang songsang,” katanya.
-----------------------------------------------------------
Gay sememangnya manusia yang amat bodoh dan jijik..
No comments:
Post a Comment