Showing posts with label dragon force. Show all posts
Showing posts with label dragon force. Show all posts

Wednesday, 28 December 2011

Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force - Penjahat?


KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.

Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.

"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.

"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.

Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.

"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my dan politeknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.my sementara portal yang satu lagi tidak digodam.

"Buat masa sekarang, memang tiada sebarang kerosakan serius dan semua kerosakan itu sudah dibaiki. Selepas pihak kami mendapat laporan penuh daripada pembekal, kami akan buat laporan terus kepada pihak atasan mengenainya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaitu www.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tuesday, 25 October 2011

Shomaf dot com - Defaced by Ottoman


Adeh.. penat der.. Defaced by Ottoman plak.. u all perasan tak ade pompuan joget kat background tuh.. class tu.. tapi nampak tangan je la bro otto.. bagi nampak semua badan dia lenggok baru best..

Buat lagi yang terbaik sifuk.. I penat hari ni.. rasa cam nak tido.. tapi tak tido-tido lagi.. Layan Live Defaced

Monday, 24 October 2011

Hello Hacker (Bukan Hello World)


Yea.. Assalamualaikum and hai to Rileks Crew & DragonForce, group-group lain serta hacker-hacker lain.. Tak ketinggalan jugak pada yang tak hacker.. anda amat dialu alukan kesini. Errrr.. Sorry la kalau I tak mention Group korang yang I tak tau. mungkin group korang dah lame.. I je tak tau.. Sorry again.. Ape-ape pun thanks sebab sudi singgah ke blog I yang baru ni..

Tujuan I buat blog ni bukan untuk ajar hack ke ape kat sini.. Saje I nak buat.. untuk type ape yang I suka. dan share blog atau site yang dah Kena Hack kat luar sana. Jadi ape juga post yang korang buat kat CF atau DF.. I akan update kat sini untuk tujuan I simpan sebagai kenangan dengan geng-geng I yang I sayang sangat.. wink.. wink..

Seterusnya.. I ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Rileks Crew and DragonForce kerana menerima I sebagai members group korang.. I really appreciate.. Buat pengetahuan korang, banyak yang I belajar kat korang sume.. Terima kasih juga kerana memberi layanan yang baik kepada I semasa I berada di Group.. (Y)

-End-